Experience for our precious - AmissaJR #BabyDH

Assalammualaikum ^_^

Tak tahu dari mana nak mula..hehe..

Alhamdulillah, aku tengah berbadan dua dan usia kandungan sekarang nak masuk 32 minggu. Aktiviti si kecil sekarang ni aktif menendang dalam perut aku ni. Tak dapat aku gambarkan perasaan tu macam mana, rasa bahagia sangat! :) Mungkin ini yang di rasai oleh mak aku bila mengandungkan aku 25 tahun yang lalu. Thanks Ma :)

Lain orang lain pengalaman masa pregnant ni. Ada yang senang je, tetibe mengandung, senang je pula beranak, Tapi dalam kes aku ni, mungkin boleh di kategori kan dalam kes a lil bit susah sikit. Ada sedikit dugaan sepanjang tempoh pregnant ni. Alhamullilah, Allah masih sayang kan kami suami isteri kerana di berikan dugaan yang membuatkan kami lebih mendekatiNya.

Lepas lalui miscarriage masa pregnancy yang pertama dulu, jujur aku kata kan aku trauma. Ye, trauma!. Aku ni pula jenis over thinking sometimes, takut, cuak, cemas semua ada. Rezeki Allah nak bagi, tak lama kehilangan yang pertama, dalam 5 bulan kami dapat rezeki yang kedua pula.

14 Oktober 2014 - Aku ingat lagi masa ni, rasa sesuatu sangat..Haha. Period dh lewat hampir 2 minggu, masa tu wat lek wat peace lagi..sebabnya tak nak mengharap. Cuak pun ada kalau fikir mengandung lagi. Haha.. Boleh mcm tu?
Petang tu, gi farmasi & beli pregnancy test tanpa pengetahuan si suami. Orang kata kena test pepagi utk dapat result yang accurate kan. Kisah pulak aku? Sebab dalam hati bukan mengharap 100%.
Gagahkan diri pergi test time2 tu juga kat toilet office. Sambil basuh tangan, lap2 tangan, betulkan tudung, nak keluar toilet baru tengok result. Sekali hambek kau...2 line terkeluar. Nak terkeluar biji mata masa tu. Tak tahu nk jerit sebab gembira ke, nak jerit sebab takut. Haha.. terus Whatsapp Husband beritahu. Tapi kiteorang ambil langkah utk wat lek wat peace, sebab tak nak berharap. Seminggu kot lepas insiden tu, baru hegeh2 pergi klinik buat check up official. Kahkahkah..

Ku ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Ecehwah sastera sangat! Masuk je 3 bulan, tetiba aku ada spotting lagi. Sama kes macam yang pertama dulu. Pertama dulu, spotting dalam beberapa hari lepas tu terus fresh blood keluar. Bila jadi jgk time yg kedua ni, dia punya cuak berganda kot. Tak nak aku lalui benda yang sama lagi sekali, fikir hati ku. Lepas buat check up dan follow up closely, Alhamdulillah, tak ada dah spotting. And dalam masa yang sama juga kami laki bini banyak pantang. Tak berjalan jauh, elakkan travel and bercuti. Segala vacation semua KIV. Semua pesan orang tua, kami ikut asalkan bayi dlm kandungan ni selamat hendaknya.

Lain orang lain caranya. Kami pula pilih utk tidak hebohkan sangat 2nd pregnancy ni. Sebab pesan orang tua, selagi tak besau perut tu, jangan hebohkan sangat. Tak elok katanya. Lagi pun, macam aku cakap awal dulu, tak nak mengharap selagi tak lepas 1st trimester dgn selamatnya. Masuk usia kandungan 23 minggu mcm tu, aku pi buat details scan and nak buat 3D 4D sekali. Kami buat kat klinik swasta. Konon2 masa nak buat tu tak nak bitau parent memasing konon nk suprise kan jantina anak arh kan sambil tunjuk gambar 4D si kecil ni nanti. Last-last aku dgn laki yg terkejut besau sebab di sahkan air ketuban kurang dari yang sepatutnya. And di sebabkan tu jgk, 3D & 4D tak boleh nak buat sebab nya kes kurang air ketuban tu. Before dari tu lagi, aku ada perasan yang macam ada leaking sikit. Tapi disebabkan kurang pengetahuan and pengalaman, aku ni wat donno je arh kan. Ada juga cerita kat laki & mak aku pasal ni, diorang pun igt perkara biasa arh kan. Mungkin aku terkencing dalam seluar ke apa. Sindrom ibu mengandung. So bila doctor dh cakap pasal air kurang ni aku cerita arh kat doctor tu. Doc kata berkemungkinan yang leaking tu air ketuban, Ha, masa tu hati aku dah cuak tahap super sayya dah. Air mata time2 ni arh suka sangat nak meleleh. Terus arh kami laki bini pergi HBKL hari tu juga.

Sampai hospital je, terus arh buat check up and masa tu tak expect langsung arh kena check bahagian bawah tu. Sakit kau!! akan ku ingat sampai bebila tahu. Huhu.. hari yang sama jugak aku kena tahan wad. Bermula lah kisah aku check in kat HBKL 3 hari 2 malam pakej makan minum & layanan mesra dari nurse2 yang cun cun. hahaha.. Selama aku di hospital aku dilayan sebagai pesakit PPROM. Maksudnya kurang dan bocor air ketuban. Masa tu hanya Allah je tahu perasaan aku. Menangis tak henti even kat hospital pun. Mana tak nya, kandungan masa tu belum matang, baru 23 minggu. Susah ada chance utk selamat kalau air ketuban makin kurang dan kita kena berdoa & berharap baby kat dalam kuat. Apa perasaan kau sebagai bakal mak bila dengan doktor cakap mcm tu kat kau? warghhh..

Sebabnya kurang air ketuban ni, doktor cakap berkemungkinan baby kurang kencing. So that why, air makin kurang sebab baby hanya telan air tu. And berkemungkinan ada masalah dengan buah pinggang sampai baby tak kencing. Tapi Alhamdulillah, lepas buat details scan dengan specialist, buah pinggang baby okey, uri pun okey, jantung and baby semua okey. Just berkemungkinan besar baby sendiri tak hasilkan air ketuban and kurang kencing. Sepanjang masa aku berdoa, harap di permudahkan segala urusan, di beri kan kesihatan yang baik untuk si kecil ku. Disebab kan ini jugak aku kena check up di HBKL every week and belum masuk lagi check up monthly kat klinik ibu & anak. Kerja aku laki bini ulang alik pergi check up je. Apa boleh buat, dah kalau ini yang terbaik utk kami bertiga. Mungkin anak aku nanti, jadi Doktor dah besar kang. Amin. Hehe..


Alhamdulillah, sepanjang tu juga sehingga usia kandungan 30 minggu, baby and air ada peningkatan. Dari AFI 6 lebih, sampai arh meningkat jadi AFI 12.7. Owh, btw AFI tu sukatan untuk air ketuban tu. Bawah dari 6, air ketuban mmg diparas bahaya. Sampai lah check up lagi sekali masa usia kandungan 31 minggu, air ketuban aku yang aku igt semakin menaik dari 12.7 tetiba doktor kata drop jadi AFI 9.
Sedih tu of cos ada. Aku sembang ngan baby suruh kuat, kencing byk sikit supaya air tu bertambah, segala petua macam minum air tembikai, minum air zam-zam, minum air kelapa, minum air masak banyak, berehat dan jgn buat kerja berat, semua dh aku ikut.

Keputusan yang agak berat & sukar telah aku ambil, iaitu cuti dari kerja sampai aku selamat deliver. Berterima kasih sebab dapat boss ngan rakan kerja yang baik hati sangat, ambil berat pasal aku dan terlalu take care and banyak tolong aku. Terima kasih Allah dipertemukan dengan diorang ni yang baik hati sangat. Even EDD aku mid June, tapi dah seminggu aku start cuti. Aku nak tumpu kan sepenuh perhatian kat kandungan aku ni. Bukan senang nak mengandung, ada anak. Dah Allah bagi rezeki pada kami, harus kami laki bini perlu berkorban sebaik mungkin utk jaga AmanahNya sebaik mungkin. Doctor nasihatkan aku jangan stress, jangan letih, jangan banyak fikir, jangan penat sangat and bermacam-macam lagi jangan. Agar baby tak terpengaruh dan kena manjakan diri utk baby rasa lebih selesa. Aku percaya even aku ambil keputusan ini, tapi aku percaya rezeki aku sekeluarga masih ada. InsyaAllah dan mudah-mudahan.

Berkenaan barang baby pula, kami laki bini dah sediakan hampir 100%, ke dh 100%?..haha.. Semuanya kami beli utk #BabyDH. Tunggu masa nak keluar je ni. Mummy harap sangat awak sihat sempurna dan dijauhkan dari segala penyakit. Mummy sanggup buat apa sahaja untuk awak. Sebab both of us, love u sooo much dear!

Sekarang ni masuk minggu ke 32 dah. Tak lama je lagi. Mummy harap awak pun cepat keluar dengan sihat sempurna. Sebab aku pun takut sekarang ni, doctor dah bagi warning kalau baby kurang or tak gerak je serta merta kena pergi hospital. Takut apa-apa jadi. Kau bayang kan perasaan aku setiap hari kena monitor pergerakan si kecil ni, tak dapat aku nak describe risau dia macam mana. Risau yang teramat sangat. Sampai sometime terfikir je, meyebabkan aku sendiri yang tak tentu arah even dia gerak lambat sikit. So aku rasa keputusan aku berehat sementara dari kerja office, mungkin adalah yang terbaik.

Entry yang terpanjang agaknya. Reason up entry ni pun sebab nak jadikan diary utk diri sendiri pada masa akan datang. Semoga urusan mengandung dan bersalin aku di permudahkan. Tak lama je lagi. Harap korang boleh tolong doakan kesejahteraan kami anak beranak semoga di permudahkan hendakNya. Semoga Anak Dari Syurga ini dapat kami jaga sebaik mungkin. InsyaAllah mudah mudahan. Amin...

Tiada apa yang aku harapkan semoga si kecil ini sempurna dan dapat dilahirkan dengan selamat. Mummy & Papa tak sabar nak jumpa awak sayang. :)

Semoga kita semua di bawah lindungan-Nya.

Terima kasih sudi baca sampai habis. Tahniah. Hahaha!

Love,
Mummy #BabyDH :)







Comments

Post a Comment

terima kasih daun keladi, jumpa lagi lain kali! :)

Popular posts from this blog

Rawatan Sedut Kahak for my lil Princess #BabyDH

Melaka punya cerita :) #throwback