Our Lil Princess ~ #BabyDH

Assalammualaikum ^_^

Alhamdullilah syukur ke hadrat Ilahi, hari ini genap our lovely #BabyDH sebulan.. Happy 1st month birthday sayang.. :) tak lupa juga, selamat berpuasa uols!

Tanggal 14 Jun 2015 (Ahad) @ 4.52am lahir nya puteri sulung kami yang di beri nama Dzandra Humaira bt Muhammad Amirul Adzraf. (asal skema sgt ayat aku pun -.-) 
Apa perasaan aku dah jadi mak ni? Aku rasa bahagia, rasa sempurna disamping suami dan keluarga kecil kami. Masa awal2 dulu bercampur baur pun ye jgk..boleh ke aku ni jadi mak ni, takut, gembira semua ada. Tapi bila dah tengok anak sendiri depan mata dan dalam dakapan kita, secara automatik nya perasaan mak2 menggunung tinggi. Orang2 tua cakap, nyamuk pun xberani hinggap kat muka anak sbb mak nya 24/7 jadi jaga setia kt sebelah anak. Tau xpe, i can feel it now. Nyamuk or semut 1km jauh lg, aku dh standby nk pukul. Nampak tak kat situ..haha..

Mana yang tau kes aku ni, dari pregnant lg aku ada beberapa masalah. Sampai kan kene cuti dr kerja sebab tak nak ambil apa2 risiko. Every 2 weeks kena follow up dgn HKL. Alhamdullilah, segalanya dah selamat sekarang. Masa aku 39w 3d @ 12 Jun 2015. aku mmg ada checkup kt HKL. Masa tu dalam hati dah fikir dah awat aku ni tak bersalin lagi, sedangkan doc kata aku akan bersalin awal dr EDD sbb baby dh turun masuk ke jalan since 35w and ada chance bersalin normal since bukaan pintu rahim lembut. Doc yg kata gitu. Yang laki aku tak habis2 cakap "ntah2 hari ni aygg kena warded kot" sakit je hati aku..haha.. 
Masuk je bilik doc, mmg doc cakap hari ni kena warded and we expect you to deliver tomorrow. Mau tak terkejut katak kambing harimau aku kat situ. Eheh, EDD saya hari Selasa doc, hari ni baru Jumaat. Doc cakap since aku punya pregnancy berisiko. Diorang tak nak tggu sakit ke apa. Terus nk induce. Terus nak nangis masa tu sebab langsung tak prepare apa2 tetiba kena warded hari tu jgk. Barang pun 1 apa tak bawa. Dalam hati nak nangis pun ada, gembira pun ada sbb tak lama je lagi dapat tgk muka baby. 

Doc check jalan, baru 2cm and doc tolong buka kan bukaan yang Oiii! Sakit gilaaaa..siap aku pegang genggam lengan doc tu sbb sakit weh!!. :(  Lepas setel semua masuk wad, husband beli makanan sbb tak makan lagi dr pagi. Dah lah lapar gila..lunch time hospital plak dah terlepas. Kiteorg masuk ward pun nk dekat pukul 3ptg. Elok lepas makan, mmg dah di takdirkan kot. Tanda darah turun. Elok doc nk induce keesokkan hari nya tak jadi sebab rahim dah bagi signal natural. 

Sabtu pagi, 13 Jun 2015 doc check jalan bukaan dah 4cm. Masa tu 7pagi. Doc kata standby masuk labour room yek. Since labour mmg tgh penuh sekarang, doc suruh rehat2 dalam bilik dulu. Serius masa 4cm tu sakit tak berapa kuat. Aku leh wat elek lagi, gelak, whatsapp and mcm okey je arh. Sakit yang boleh handle lagi arh. Pukul 4.30ptg mcm tu doc check jalan lagi and masa tu still 4cm. Kecewa aku! dah lama dah, awat still 4cm lagi. Doc suruh masuk labour room sekarang juga since dr pagi sampai sekarang still 4cm. Pukul 5.15ptg, lepas salam dengan semua ahli keluarga & keluarga mertua, aku di tolak masuk ke labour room. Tepat pukul 6ptg air ketuban aku dipecahkan. Sakit dah mula terasa masa ni. Dah start tak leh duk diam badan. Pukul 8mlm, still 4cm. -.-

Nurse masukkan ubat ke dalam drip aku. Aku lupa nama ubat tu. Tapi function dia utk cepat kan bukaan rahim kata nya. Masa ni perut dah start bergelodak sakit sangat2. Bacaan graf kt CTG melambung2 constraction. Tapi setelah 2 jam yang memang sakit tu Tuhan je yang tahu, still bukaan 4cm. Masa tu dah pukul 10malam. Nurse offer ubat tahan sakit. Aku berkeras tak nak ambil kalau boleh. Nak tahan sedaya boleh arh. Tapi disebab kan condition aku yang dah lemah longlai dok dlm labour room dah lama, husband request ubat tahan sakit utk aku. Since Epidural both family kata kalau boleh elak kan, husband ambil ubat tahan sakit yang cucuk bontot tu. Memang after tu aku jadi mamai mengantuk je. Tapi sakit makin kerap. Habis genggam dah tangan husband masa tu. Segala doa, selawat, semua baca. Sampai ada yang terbalik2 aku baca dek kerana mamai tadi. Mamai mamai jgk tapi time sakit tak ada mamai dah oi! :( 

Pukul 12mlm, bukaan jalan masa tu still 4cm!!. Memang tak buka2 ke apa. Aku dah tak larat sangat masa tu. Tapi ku gagahi juga demi berjuang melahirkan anak dalam kandungan ni. Husband dah request soh czer je sebab tak sampai hati tengok aku tergolek2 tak berdaya dah. Tapi doc & nurse tak bagi sebab keadaan still tak memaksa katanya. Elok pukul 2pagi doc check lagi jalan, still 4cm weh. Bayangkan perasaan aku time tu. Sakit makin kuat dan kerap tapi jalan tak mau buka. Doc decide utk czer jgk akhirnya since poor progress and too long. Takut risiko kat aku & baby dlm perut. Tapi ada pula masalah lain, OT Room penuh!! Kena tunggu lagi at least 2 jam baru boleh sampai turn aku. Sakit pula hati aku ni. Sementara tunggu tu mmg kena layan kan sakit perut ni je lah apa lagi. Sentap aku kali ke berapa ntah :( 
Tu lah, sapa suruh beranak time weekend & tgh malam. Kan doc on duty pun xramai..tsk tsk

Pukul 4.15pagi aku ditolak masuk ke OT room and 4.52pagi BabyDH selamat dilahirkan. Syukur Syukur Ya Allah. Lain orang lain kisah nya, lain orang lain pula bahagiannya. Aku ditakdirkan dengan jalan ini. Biar pun ramai yang kata kalau boleh biar lah normal delivery, bukan aku yang tak nak. Tapi bukaan jalan yang tak mengizinkan. Ramai yang kata kalau boleh jangan ambil ubat tahan sakit, biasa arh nak beranak sakit. Tahan je arh. Cakap mmg mudah. Tapi kalau berada kat tempat aku ni mcm mana pula. Badan aku sendiri totally out habis tenaga dek kerana melayan sakit sampai aku pun tak larat and menggeletar satu badan. Mungkin bg aku dah sakit sangat2 tp mungkin bg org lain, tak sakit sangat lagi. Lain2 kan. Mana boleh nak sama.

Ini pengalaman aku bersalin kan Dzandra Humaira. Normal ke czer ke sakit tetap sama. Malahan czer ni lagi payah nk menjaganya. Tapi tak kisah, yang penting anak aku selamat dilahirkan. Alhamdullilah aku & baby sihat. Syukur dikurniakan anak yang comel, sihat dan unik bg kami suami isteri. 
Bermula episod kami suami isteri belajar jadi Papa & Mummy sekarang. Maira pun anak yang baik. Jenis tak banyak ragam setakat ni. Please maintain mcm tu yek sayang. Haha.. 
Mummy & Papa gembira & bersyukur dengan kehadiran Maira dalam hidup kami. Terima kasih Allah atas rezeki dan amanah ini. InsyaAllah nyawa yang kami pertaruhkan untuk menjaga Si kecil ini. Terima kasih pada keluarga & keluarga mertua yang banyak membantu dan bg sokongan dari awal sampai akhir. I love u all! Terima kasih juga pada kawan2 yang mendoakan kesejahteraan kami berdua dan yang datang melawat, bagi hadiah, thanks sgt2. Korang tahu sapa korang. Terima kasih jgk pada team HKL yg byk membantu dan kerja secara professional & berhemah.

Kepada Suamiku, terima kasih sayang for everything. Thanks jadi teman yang peyayang, kawan yang jujur, pencinta yang setia, sanggup bersusah payah bersama, tukang jadi pak sorak bg sokongan yang tak putus2, thanks sayang for being a good Papa for Maira. We love you! 

Kepada Dzandra Humaira, 
Jadi lah anak yang kuat, sihat tubuh badan, anak yang solehah, yang bijak, yang berguna pada kedua ibu bapa mu, keluarga mu, agama mu, dan bangsa mu. Ingat lah, kami sentiasa ada untuk kamu sayang. Happy 1st month of ur birthday my lil angel. :) 

Fuh, panjang nya. 😂😂
Utk tatapan aku jgk nanti bila dah tua ke kan. Nak baca balik. Tak pun bagi anak baca. Bagi dia tahu mcm mana ssh nya nak beranak kan dia. Haha.

Thanks sudi baca! ;) 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Comments

Popular posts from this blog

Rawatan Sedut Kahak for my lil Princess #BabyDH

Melaka punya cerita :) #throwback

Experience for our precious - AmissaJR #BabyDH