Skip to main content

Rawatan Sedut Kahak for my lil Princess #BabyDH

assalammualaikum ^_^

dear diaries,

Dzandra Humaira dah hampir seminggu diserang Selesema & Batuk. Sampai demam2 dek kerana batuk. Kesian tgk baby kena selesama & batuk ni. Kita yg dewasa ni pun tak selesa apatah lagi baby kan. T______T

Aku tak sampai hati betul tgk anak sakit. Risau je sepanjang masa. Mak mana yg tak risau kan tgk anak tak sihat. Maira asyik nak melekap je. Muka pun moody je, tak nak senyum langsung. Sian anak mummy ye.

Kat rumah pun kami suami isteri ada buat rawatan steam dgn teknik percussion hampir setiap hari, pagi & malam. Ada arh keluar hingus kahak, tapi still ada lagi tinggal and dapat dengar dekat dada Maira time dia tidur.

So semalam, kami decide nak pergi klinik utk buat Rawatan Sedut Kahak. Tak tahan dah nak tgk dia malam tak lena tidur. After googling and tanya pendapat org. Kami pergi buat rawatan ni kat Klinik Wangsa @ Dr Nadir Khan. Korang try google and search nama doctor ni, kemain famous habis dia dengan rawatan yg dia provide tu.

While waiting no giliran
**Awat aku rasa gambnar ni gelap semacam je.
Muka Maira yang tak sudi nak wefie dgn mummy
Klinik buka pukul 9pg. Pukul 8.30pg kami dh terpacak dpn klinik. Itu pun dh ramai orang beratur dpn klinik. Kami dapat angka giliran No 9. Agk2 pukul berapa yg No.1 plak ye. haha :)
Masa tengah tunggu giliran, kami dapat dgr budak/baby kat dalam bilik rawatan menangis melalak2. Aku dh cuak habis dh time tu. Siap ajak En Suami balik sebab tak sanggup kang Maira ni menangis.
Tapi fikir balik, nak anak menangis sekejap ke or tgk anak tak sihat lebih lama.

Hampir sejam lebih menunggu, giliran kami pun sampai utk dpt kan rawatan. Masa Dr Nadir tu explain, we feel comfortable and faham lah dgn apa yang cuba Dr sampaikan. Sebab kadang-kadang time kita jumpa Dr lain, sometime kita tak paham apa yang diorang terangkan tambah2 guna bahasa Dr diorg tu. Diorg igt kita ni akan paham ke apa dgn segala term yg diorg cuba sampaikan?. Tapi Dr Nadir, explain guna bahasa yang senang paham arh utk org yg sendu mcm aku ni tak reti sgt term-term Dr ni.

Dr Nadir ni akan tanya mcm mana sejarah beranak. Normal ke Czer ke. Sbb pe Czer, berapa lama dalam labour room. Aku igt kan mmg dia akan tnya utk record ke apa. Rupanya mmg ada kaitan dgn selesama & batuk anak. Orang yang beranak Czer lebih senang dijangkiti Kahak sebab effect dr Ubat Bius yang membuat kahak / air ketuban baby pekat masa lahir. So bila proses bersihkan dan buang kahak / air dr mulut baby masa lahir tu tak cukup bersih so akan membuatkan kahak tu terkumpul lebih banyak tu yang senang kena batuk & selesama tu. Dr Nadir bg choice utk ambil ubat shj dulu or terus buat rawatan sedut kahak. Since mmg dh dtg and kami pun decide utk terus buat rawatan.

1st Step - Nebulizer Steamer.

Masa buat ni Maira tak lah menangis beriya sgt. Just dia tak selesa je. Sampai terbatuk-batuk dibuatnya. Neb ni utk cairkan kahak dulu. Buat dalam 15 min mcm tu. Sampai satu patient budak lain lalu dpn Maira menangis meronta-ronta, dia pun ikut menangis jgk. Eheh Maira ni boleh pula mcm tu. Hati aku dah tak keruan dh masa tu. Berdoa je byk2 dalam hati. Fikir utk anak sihat je.

2nd Step - Tepukan Percussion.
Dr Nadir cakap, nanti kat rumah rajin- kan diri utk buat teknik steam & tepuk percussion ni. Sebab rawatan ni dapat elakkan baby dr senang terkena penyakit asma. Masa Dr ni tepuk Maira, aku dh terkejut dh, mcm kuat je dia tepuk. Tapi dia kata, ni caranya dan baby tak sakit pun. Baru lah nanti kahak tu longgar dr paru-paru and senang keluar. Lahai, aku punya tepuk kemain lemah lembut gemalai, mungkin sebab tu kahak nya keluar pun lembut2 je gamaknya. haha..

3rd Step - Sedut Kahak / Suction.
Dr Nadir masukkan tiub getah kecil dekat kerongkong dan hidung Maira. Masa ni En Suami yg pegang tgn Maira kiri kanan. Mummy nya stay away tgk dr tepi. Mak nya tak sanggup sebenarnya. Kang ada yang meleleh air mata kang. haha.
Masa tgh sedut tu, Dr rilex je buat, yelah dah berpengalaman kan. Banyakkkk & pekatnyaaa kahak yg keluar dr tiup tu. Pergh, ni ke yang di simpan Maira selama ni. Sampai berbunyi2 dada dia. Alahai sianya.

Lepas je rawatan tu, Maira terus stop menangis, nampak lah muka lega dia. Baru lah dia ada hati nak main and tersenyum. Mungkin dia rasa lega kot hidung dah tak tersumbat lagi. Mummy & Papa pun tersenyum riang je tgk anak dh boleh senyum kan. Dr still bg ubat utk galakkan batuk & cairkan kahak, If kalau seminggu still sama jgk, boleh dtg utk dapat kan rawatan lagi. InsyaAllah Maira kuat kan sayang, cepat sembuh ye.
Overall kami suami isteri puas hati dgn rawatan yang diberikan, dan klinik pun okey. So far so good. Alhamdullilah dgn izin Allah jgk, kami hanya berusaha. Semoga Maira kuat & cepat sembuh. :)

Malam tadi, Maira tido lena tanpa bangun malam nak susu. Even mak nya ni bangun tgh malam buat kan susu. Kejut kan si kecik tu, tak nak bangun. Ish ish, letih sgt kot dah berapa malam tak tido lena. Malam tadi dia buat backup kot. haha. Maira Maira.

If korang ada anak yg tak sihat and nak try rawatan ni. Ni details nya ye :

Ihsan Google je ni. Aku tak sempat pun nak snap2 picture.

Klinik Wangsa Sdn Bhd
No 46, Jalan 2A/27A, Seksyen 1, Wangsa Maju, 
53300, Kuala Lumpur. 
No Tel : +603 - 4142 1614 

Masa Operasi : 
Isnin - Jumaat : 9am - 4pm (Dr Nadir Khan) 
Ahad : 9am - 1pm (Dr Nadir Khan)


** Ni aku inform time Dr Nadir je. Selain dr waktu ni ada jgk Dr lain yg on duty. Just sebab kan Dr Nadir ni yg expert dalam rawatan ni, aku inform timing dia je lah. hehe.


Harap-harap Dzandra Humaira cepat sembuh & dijauhkan dari segala penyakit. Mummy & Papa love u so much!

P/s : Haze is getting worse. Pls stay indoor gaiss.

Terima kasih sudi bace. Have a nice day. (:

Comments

Popular posts from this blog

Melaka punya cerita :) #throwback

assalammualaikum ^_^

dear diaries,

Ye, bertemu lagi kita.. *ceh mcm rancangan masak-masak je intro pon* haha.. So, ni nissa nak story sikit pasal pergi Melaka time raya hari itu. okey fine, mmg tahu raya dah lama dah habis, -.-" nak masuk raya haji dah pun but ske jugak nak updates. hikhik..before ni tak menyempat nak updates blog. Iols iz busy..tapi pikir balik nanti ble anak cucu dh besar, diorg boleh bace kan..just for memory..jangan diorang nak hack sudah..hahaha.. *berangan okeh*

Back to story, we are decided to go short family trip after seminggu raya. Motip and tujuan utama nak gi sana, just jalan-jalan, mkn and just nak pi relax. Selama hidup ni, setiap kali pergi Melaka tak pernah nya puas. hahah..banyak kali pergi pun, tetap best di hati ku..I'm just love Melacca!
17 August - 18 August 2013 -kami sekeluarga menginap di sana..Genap sebulan arh dari tarikh hari ini.. ngeee :)

So, basically entry ini akan ada banyak gambar. Beware to scroll your mouse..hikhik..

Masa mu…

Experience for our precious - AmissaJR #BabyDH

Assalammualaikum ^_^

Tak tahu dari mana nak mula..hehe..

Alhamdulillah, aku tengah berbadan dua dan usia kandungan sekarang nak masuk 32 minggu. Aktiviti si kecil sekarang ni aktif menendang dalam perut aku ni. Tak dapat aku gambarkan perasaan tu macam mana, rasa bahagia sangat! :) Mungkin ini yang di rasai oleh mak aku bila mengandungkan aku 25 tahun yang lalu. Thanks Ma :)

Lain orang lain pengalaman masa pregnant ni. Ada yang senang je, tetibe mengandung, senang je pula beranak, Tapi dalam kes aku ni, mungkin boleh di kategori kan dalam kes a lil bit susah sikit. Ada sedikit dugaan sepanjang tempoh pregnant ni. Alhamullilah, Allah masih sayang kan kami suami isteri kerana di berikan dugaan yang membuatkan kami lebih mendekatiNya.

Lepas lalui miscarriage masa pregnancy yang pertama dulu, jujur aku kata kan aku trauma. Ye, trauma!. Aku ni pula jenis over thinking sometimes, takut, cuak, cemas semua ada. Rezeki Allah nak bagi, tak lama kehilangan yang pertama, dalam 5 bulan kami dapat …