tebang ke jawa membahayakan nyawa~

1stly, aku terkejut ngan statement nie..
how with my vacation??..
petikan dari Kosmo, 7 November 2010..


..abu volkonik dari Gunung Merapi
boleh membahaya kan nyawa..



KUALA LUMPUR – 
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia membatalkan semua penerbangan ke Pulau Jawa meliputi Jakarta, Yogyakarta, Bandung dan Solo bermula semalam. Hanya penerbangan ke Surabaya yang terletak di timur pulau itu dibenarkan.
Keputusan itu dibuat setelah syarikat terbabit mendapati penerbangan ke pulau tersebut tidak lagi selamat dan boleh menyebabkan nahas kerana ruang udaranya dipenuhi dengan debu volkanik ekoran letusan Gunung Merapi sejak 26 Oktober lalu.
Tindakan yang sama turut diambil beberapa syarikat penerbangan antarabangsa lain antaranya Japan Airlines, Turkish Airlines, Singapore Airlines, Lufthansa, Sing Air, Tiger Airways, KLM, Emirates, Eva Airlines, Etihad, China Southern, Lion Air, Value Air dan Cathay Pasific.
Menurut Pengarah Operasi MAS, Kapten Azharuddin Osman, kesemua penerbangan itu dibatalkan sehingga keadaan kembali pulih seperti sedia kala.
“Ketika ini penerbangan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Jakarta, Yogyakarta dan Bandung dibatal atau ditangguhkan bermula hari ini (semalam) sehingga keadaan pulih.
“MAS akan terus memantau ruang udara Indonesia untuk memastikan keselamatan operasi penerbangan untuk memasuki kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
okey, ape yg aku cube nk smpikan kat sini..my flight dalam mase seminggu lagi..to Jakarta..
OMG!..dh larh nak balik KL pon tak boley..semua jalan utama ditutup..skrg nk terbang ke sana pon tak boleh juga..
bagaimanakah ini?..
so far, aku dh check my flight scheduled not involved buat setakat nie..
hopefully, keadaan semakin baik menjelang sabtu nie..
takziah kepada semua mangsa bencana alam yg tgh berlaku skrg..
amin~ 

Comments

Popular posts from this blog

selamat menyambut tahun arnab~

senyum~

miss my student life~