Skip to main content

Checklist Wedding, Kasih Amissa in Making :)

assalammualaikum ^_^

dear diaries,

Okey, so hari ini rajin sikit nak updates blog sekaligus nak buat checklist untuk my wedding. Honestly, perasaan tu gembira ada, excited apatah lagi, cuak pun ada, takut pun ada, seriau pun ada..grrr  >.<

This is my preparation list version myself. :)



Tarikh, lokasi, acara :

Majlis Khatam Al-quran & Marhaban : Jumaat, Jan 2014 (Lepas solat jumaat) - rumah sendiri

Nikah & Malam berinai : Jumaat, Jan 2014 (Malam selepas solat maghrib) - rumah sendiri

Sanding : Sabtu, Jan 2014 (12.30pm and onward) - rumah sendiri

Family Gathering & buka hadiah : Sabtu, Jan 2014 (Malam selepas magrib) - rumah sendiri

Bertandang : Sabtu, Feb 2014 - Sg Koyan, Pahang

So, settle pasal tarikh, masa & juga lokasi. Pheww *lap peluh* ingat senang ke wey..just pick the date? no no no..kene buat mesyuarat tergempar keluarga dulu, sini bagi pendapat ini, sana bagi pendapat itu.. and at the last Alhamdullilah, kata sepakat telah di persetujui. Imma the happy girl :)

Tema & pilihan warna :

Bile ada majlis, mestilah ada tema kan? yang ni pun jenuh fikir nak tema warna apa. Iols suke pink tapi time tunang hari tu dah tema pink, tak kan sama dengan kahwin kan..

Majlis Khatam Al-quran : tema belum tetap lagi, baju pakai baju kurung apa yang ada yang rasa sesuai :)

Nikah : Putih suci murni..kihkih :)

Malam Berinai : Mungkin pakaian Jawa, teringin nak pakai pakaian jawa dari dulu lagi. still tengah search persalinan ini.

Sanding : Peach lembut, white, & green turqoise :)

Family gathering & buka hadiah : not sure yet.

Bertandang : still in discussion.

Procedure before kahwin : 

1. Kursus Perkahwinan - dah pergi awal-awal lagi. bulan 3 lagi kau, kteorg dah pergi..haha

2.  Ambil borang perkahwinan  - tok imam kat area rumah tolong settle kan. tinggal pergi ambil kat dia je 

3. HIV test - dh dpt appointment date = 16.10.2013 (Rabu) atas bantuan kawan kerja kt HKL.. hihi :)

4. Photostat IC - belum lagi, tapi leh direct photostat kat office (FOC) :)

5. Surat akuan bujang - belum sediakan lagi, tapi leh kawtim dalam masa less than with 5min

6. Book tok kadi - kang ada yang tak jadi kahwin sbb tok kadi tak ada, choii.. insyaAllah abah leh kawtim dengan imam / tok kadi kt area rumah 

7. Serah borang ke Jawi - ini pun tok kadi / imam yang incharge kat kawasan rumah yang tolong kawtim kan. 

Okey, so hopefully segala urusan yang tersangat penting ni dapat di selesaikan dengan mudah. Amin

Checlist barang-barang : 

1. Pelamin - DONE (Design and bentuk pelamin pun dh choose)

2. Kad Kahwin - DONE (tinggal nak collect je middle of this month)

3.  Baju sanding & accesories - DONE (dh choose and confirm)

4. Photographer & Videographer - DONE (dh choose and confirm)

5. Make up (mak andam) - DONE (ambil sekali ngan pakej baju pengantin & pelamin)

6. Jamuan makan marhaban, nikah, sanding - DONE (semua nya masak sendiri!! - mmg rewang habis) :)

7. Hiasan bilik pengantin - Sendiri deco & buat (design n idea sudah ada, tinggal nak beli material je)

8. Khemah, meja, kerusi, full accessories - Abah settle dr A to Z

9. Pintu gerbang, archway, walkway deco - DONE (masuk sekali dalam pakej)

10. Kompang - Abah Settle 

11. DJ - Abah Settle

12. Marhaban - DONE (nenek angkat punya group..dh confirm)

13. Hantaran - 50% done (barang2 utk letak dlm dulang dh settle bli, just tinggal nk deco also D.I.Y)

14. Door gift - ada idea nak bli and bagi apa, just nk buat final discussion with family and terus proceed.

15. Welcome Board & Guest Book - dh survey, and tinggal nak confirm je.

16. Banner - DONE 

17. Papan tanda jalan (direction) - print & laminated je.

18. Hiasan Meja Beradap - Not yet

19. Centrepieces Decorations - Not yet (mungkin beli kt SSF & IKEA)

20. Bunga Pahar - Not yet.

Okey, ada banyak lagi benda yang kene buat & list down yang kene bli actually. Banyakk sangattt...seriously!

So, ni je yang terlintas kt pemikiran setelah perah kepala otak. Kalau ada apa-apa yang perlu akan di tambah dari semasa ke semasa. Around 3 month ++ to go..wehooo :)

Fine, entry yang sangatttt panjangggg..hahahaha.. :p

Take care, kbai!

terima kasih sudi bace. have a nice day. (:

Comments

Popular posts from this blog

Melaka punya cerita :) #throwback

assalammualaikum ^_^

dear diaries,

Ye, bertemu lagi kita.. *ceh mcm rancangan masak-masak je intro pon* haha.. So, ni nissa nak story sikit pasal pergi Melaka time raya hari itu. okey fine, mmg tahu raya dah lama dah habis, -.-" nak masuk raya haji dah pun but ske jugak nak updates. hikhik..before ni tak menyempat nak updates blog. Iols iz busy..tapi pikir balik nanti ble anak cucu dh besar, diorg boleh bace kan..just for memory..jangan diorang nak hack sudah..hahaha.. *berangan okeh*

Back to story, we are decided to go short family trip after seminggu raya. Motip and tujuan utama nak gi sana, just jalan-jalan, mkn and just nak pi relax. Selama hidup ni, setiap kali pergi Melaka tak pernah nya puas. hahah..banyak kali pergi pun, tetap best di hati ku..I'm just love Melacca!
17 August - 18 August 2013 -kami sekeluarga menginap di sana..Genap sebulan arh dari tarikh hari ini.. ngeee :)

So, basically entry ini akan ada banyak gambar. Beware to scroll your mouse..hikhik..

Masa mu…

Rawatan Sedut Kahak for my lil Princess #BabyDH

assalammualaikum ^_^

dear diaries,

Dzandra Humaira dah hampir seminggu diserang Selesema & Batuk. Sampai demam2 dek kerana batuk. Kesian tgk baby kena selesama & batuk ni. Kita yg dewasa ni pun tak selesa apatah lagi baby kan. T______T

Aku tak sampai hati betul tgk anak sakit. Risau je sepanjang masa. Mak mana yg tak risau kan tgk anak tak sihat. Maira asyik nak melekap je. Muka pun moody je, tak nak senyum langsung. Sian anak mummy ye.

Kat rumah pun kami suami isteri ada buat rawatan steam dgn teknik percussion hampir setiap hari, pagi & malam. Ada arh keluar hingus kahak, tapi still ada lagi tinggal and dapat dengar dekat dada Maira time dia tidur.

So semalam, kami decide nak pergi klinik utk buat Rawatan Sedut Kahak. Tak tahan dah nak tgk dia malam tak lena tidur. After googling and tanya pendapat org. Kami pergi buat rawatan ni kat Klinik Wangsa @ Dr Nadir Khan. Korang try google and search nama doctor ni, kemain famous habis dia dengan rawatan yg dia provide tu.

Klin…

Experience for our precious - AmissaJR #BabyDH

Assalammualaikum ^_^

Tak tahu dari mana nak mula..hehe..

Alhamdulillah, aku tengah berbadan dua dan usia kandungan sekarang nak masuk 32 minggu. Aktiviti si kecil sekarang ni aktif menendang dalam perut aku ni. Tak dapat aku gambarkan perasaan tu macam mana, rasa bahagia sangat! :) Mungkin ini yang di rasai oleh mak aku bila mengandungkan aku 25 tahun yang lalu. Thanks Ma :)

Lain orang lain pengalaman masa pregnant ni. Ada yang senang je, tetibe mengandung, senang je pula beranak, Tapi dalam kes aku ni, mungkin boleh di kategori kan dalam kes a lil bit susah sikit. Ada sedikit dugaan sepanjang tempoh pregnant ni. Alhamullilah, Allah masih sayang kan kami suami isteri kerana di berikan dugaan yang membuatkan kami lebih mendekatiNya.

Lepas lalui miscarriage masa pregnancy yang pertama dulu, jujur aku kata kan aku trauma. Ye, trauma!. Aku ni pula jenis over thinking sometimes, takut, cuak, cemas semua ada. Rezeki Allah nak bagi, tak lama kehilangan yang pertama, dalam 5 bulan kami dapat …